Saturday 9 July 2022

KHASIAT AKAR POKOK LARAK TAHI KUCING

  
Terdapat pelbagai spesis larak yang terdapat di negara kita dan selalunya tumbuh secara semula jadi. Antara larak yang dijumpai ialah larak sepang, larak pisang, larak tepang, larak tepang tunggal, larak jaga anak, larak tahi kucing, larak hitam, larak bebulu, larak sepil, larak tikus, larak salar dan larak salah. 
 
Pokok larak ini pula ada yang jenis menjalar dan ada yang berbentuk pokok. 
 
Larak tahi kucing merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga annonaceae (keluarga durian belanda) juga dikenali dengan nama lain seperti lerak dan akar pisang jantan. 
 
Pokok larak tahi kuncing tumbuh di tanah rendah, di tepi sungai, di kawasan belukar dan ada .juga pokok larak tumbuh di tanah berpasir seperti tepi pantai. 
 
Larak merupakan antara buah nadir yang agak sukar untuk ditemui sekarang. Semua jenis buah larak boleh dimakan dan rasanya masam-masam manis. 
 
Buah larak tahi kucing berwarna kuning apabila masak. Rasanya masam-masam manis menjadi kegemaran kanak-kanak pada masa dahulu. 
 
Akar larak digunakan dalam perubatan tradisonal Melayu untuk merawat wanita lepas bersalin. Akarnya dijadikan ramuan untuk wanita dalam pantang bersalin bertujuan untuk mengecutkan peranakan, buang angin, elak meroyan dan demam. 
 
Antara kegunaan perubatan lain larak tahi kucing ialah untuk merawat lumpuh, kebas, buang angin dan demam. Untuk tujuan ini akarnya diasah dan airnya diminum.
 

 

No comments:

Post a Comment