Pengunjung ke
Pantai Tapang, Kubang Golok berpeluang untuk melakukan aktiviti berkuda yang
disedikan di kawasan berkenaan dengan bayaran berpatutan. Mereka yang ingin
mencuba menunggang kuda tidak perlu bimbang kerana ada penjaga yang akan
mengiringinya. Kanak-kanak pun boleh menunggangnya. Ia pastinya satu pengalaman
menarik bagi mereka yang kali pertama menunggang kuda.
Pantai Tapang,
Kubang Golok merupakan pantai peranginan baharu di Bachok. Terletak di Kampung
Kubang Golok, Pantai Terletak tidak jauh dari Jalan Pengkalan Petah – Bachok.
Seperti kebanyakan pantai di jajahan Bachok, Pantai Tapang menyajikan keindahan
pantai pasir putih yang menarik dengan deruan ombak dan bayu laut yang
mendamaikan.
Nama Pantai
Tapang adalah nama khas khusus kepada tempat tersebut sahaja. Nama kampung
tersebut adalah Kampung Kubang Golok. Nama Pantai Tapang diberikan oleh
pengusaha pantai tersebut yang berasal Kampung Tapang, Jalan Kadir Adabi, Kota Bharu.
Selain nama Pantai Tapang, ia juga dikenali dengan nama Pantai Tapang D’Noor.
Antara
aktiviti yang sesuai diadakan di Pantai Tapang ialah mandi pantai, aktiviti
tepi pantai, berkayak, berkuda, santai, bbq, OOTD (bergambar di tempat khas
disediakan) dan pelbagai aktiviti lain.
Kemudahan
tempat letak kenderaan yang luas, surau, tandas, gerai makanan, membilas badan
dan wakaf turut disediakan.
No comments:
Post a Comment