Monday, 25 July 2022

PULAU GAGAK DITINGGALKAN PENDUDUK

  
Pulau Gagak merupakan salah sebuah pulau di kepulauan delta Sungai Kelantan di jajahan Tumpat. Pulau ini asalnya didiami banyak keluarga pada satu ketika dahulu. Namun, disebabkan masalah perhubungan dan kemudahan asas lain, penduduk telah keluar mencari penempatan di tempat lain, terutama di tanah besar. 
 
Sekarang ini hanya ada dua buah rumah masih kekal didiami di Pulau Gagak iaitu satu keluarga induk dan menantu. Keadaan pulau terbiar, kecuali ada penduduk asal yang sekali sekala menjenguk tempat tumpah darah dan ada yang memasih memiliki tanah serta kebun kelapa di pulau berkenaan. 
 
Pulau Gagak dipisahkan dengan Pulau Seratus oleh sebatang sungai sederhana lebar. Satu lagi pulau terdekat ialah Pulau Besar. 
 
Biarpun hanya ada dua rumah di Pulau Gagak, kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air bersih dinikmati kedua-dua keluarga. 

No comments:

Post a Comment