Tuesday, 2 August 2022

PENJAWAT AWAM TONGGAK KEJAYAAN DASAR NEGARA

  
Penjawat awam tonggak melaksanakan dasar dan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Mereka memikul amanah berkhidmat kepada rakyat dan menjadi imej atau identiti kepada kerajaan. 
 
Kedudukan penjawat awam dipandang tinggi sebagai pelaksana tugas berkhidmat kepada rakyat, menguatkuasakan undang-undang dan melaksanakan dasar kerajaan. 
 
Sebab itu, jawatan dalam sektor kerajaan menjadi pilihan banyak orang. Malah ada yang sudah berkhidmat di sektor swasta, jika berpeluang berpindah ke sektor awam, akan memilih untuk bertukar ke jawatan baharu biarpun gaji ditawarkan lebih rendah. 
 
Situasi itu membuktikan betapa kerajaan menjaga kebajikan penjawat awam. Majoriti penjawat awam adalah orang Melayu. Justeru, ada pihak tidak senang hati dengan kemudahan dinikmati pejawat awam yang dimonopoli kaum Melayu. 
 
Kerana itu, ada pihak cuba menggugat kedudukan penjawat awam. Penjawat awam dilabelkan pemalas dan merugikan perbelanjaan kerajaan. Juteru, ada pihak mencadangkan agar kerajaan mengurangkan jumlah penjawat awam. 
 
Apa yang dilakukan itu adalah tindakan sengaja mahu mensabotaj negara. Jika penjawat awam dikurangkan, maka mutu khidmat kepada rakyat dan pelaksanan dasar kerajaan serta menguatkuasakan undang-undang akan terbatas. 
 
Contohnya, bagaimana hendak menjaga keselamatan negara jika bilangan anggota polis dikurangkan? Mudahlah negara kita dibolosi anasir jahat jika bilangan pegawai imigrasen dikurangkan? Peniaga menjadi raja sesuka hati menaikkan harga jika pegawai penguatkuasa dikecilkan bilangannya. 
 
Begitu jahat niat orang yang ingin mengecilkan bilangan penjawat awam. Apakah agenda sebenar mereka berkata demikian untuk mengecilkan bilangan pejawat awam? 
 
Apa yang pasti bilangan penjawat awam kita tidak berlebihan. Jangan dilupa fakta satu pertiga daripada 1.58 juta penjawat atau 540,000 adalah guru. Kira-kira 130,000 lagi anggota keselamatan dengan jumlah sama membabitkan anggota tentera.
 
Gambar hiasan - Toha

No comments:

Post a Comment