Thursday 14 November 2019

BUAH LUMUK MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI

Antara buah popular di Sarawak ialah buah lumuk. Buah lumuk atau buah tarap (terap) banyak terdapat di pulau Borneo. Nama lain buah lumuk ialah buah timadang, buah pingan dan buah marang.

Di Semenanjung juga ada pokok tarap atau terap, tetapi isinya tidak 'menjadi', kecil tidak sesuai untuk dimakan. Di Kedah terdapat satu tempat dinamakan Padang Terap.

Kebiasaannya buah lumuk yang  masih muda mempunyai kulit berwarna hijau pekat, manakala buah yang sudah masak pula mempunyai kulit berwarna hijau kekuningan.

Buah tarap yang sudah masak sangat mudah dikopek untuk diambil isinya.

Sekali pandang, bentuk luaran buah ini seperti cempedak dan nangka, tetapi bentuknya lebih bulat.

Isi buah lumuk ada dua jenis iaitu berwarna putih susu dan kekuningan.

Untuk kopek atau membelah buah lumuk hanya perlu guna tangan. Kalau kena gaya, kulitnya boleh dikopek dan membiarkan isi masih terlekat pada empulur.

Selepas dikopek, isi lumuk harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, keraa buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment