Perkara 11 Fasal 4 menyebut mengenai
undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekal pengembangan apa-apa
iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama
Islam.
Namun gerakan murtad terus mengganas
melalui tindakan orang Islam sendiri yang semakin keliru dengan identiti mereka
sendiri.
Memang sukar untuk mengenal siapa yang
telah murtad kerana pada masa sama mereka masih mengamalkan cara hidup Islam
dan melakukan ibadat khusus seperti orang Islam lain. Jika dikatakan telah
murtad pasti akan membantah dan tidak mengaku. Malah, mereka mengaku diri lebih
Islam daripada orang lain.
Gerakan murtad ini selari dengan gerakan
liberalisme dan pluralisme yang memberi gambaran bahawa Islam boleh menerima
apa saja nilai-nilai yang diamalkan penganut agama lain dan mengaku agama lain
juga baik dan boleh mengikut sebahagian daripada amalan agama lain yang didakwa
lebih baik dan diterima ramai.
Serangan akidah terhadap umat Islam
sebenarnya berlaku di seluruh dunia. Paling ketara usaha dilakukan oleh pihak
Kristian. Semenjak kalah dalam Perang Salib terakhir. Satu wasiat telah dibuat
oleh pemimpin Kristian yang antara lainnya bermaksud:
"'Kepada semua pemimpin-pemimpin
Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan
tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada
mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu
tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana
nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.
Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam.'
Mangapa dakwah Kristian berjaya? Sebab
gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY. Pertama kitab dia,
kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De
Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari
kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier
sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Mereka bergerak dalam semua lapangan
kehidupan. Dari politik, kemasyarakatan, ekonomi, perbankan, sukan dan
sebagainya. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah
satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni
mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.
Cara lain adalah dengan menghidupkan
maksiat. Kita kena ambil tindakan sama ada dengan tangan, dengan mulut, atau
paling lemah sekali, dengan hati.
Perpecahan politik orang Melayu bukan
setakat melemahkan kedudukan orang Melayu, tetapi juga orang Islam. Tonggak
Islam di Malaysia adalah Melayu. Jadi, untuk melemahkan Islam ialah dengan
melemahkan politik orang Melayu.
Soal kekuatan ekonomi Melayu, mereka tidak
perlu fikirkan kerana memang Melayu rata-rata miskin. Keadaan ini jugalah
memudahkan mereka menghulurkan bantuan kepada sebelah pihak untuk menghancurkan
sebelah pihak Melayu lain.
Sebab itu berlaku akidah perjuangan politik
di kalangan pemimpin politik di Malaysia muktakhir ini. Demi kuasa, perpaduan
sesama Islam dileraikan, sebaliknya mencari rakan bukan Islam yang nyata
mempunyai semangat untuk menghancurkan Islam.
Gambar - sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment