Friday, 20 January 2023

APABILA GUNA GELARAN HAJI DI PANGKAL NAMA

  
Mereka yang telah mengerjakan ibadat haji digelar ‘haji’ bagi lelaki dan perempuan pula dipanggil ‘hajah’. Gelaran itu lazim digunakan masyarakat di Nusantara. Ia hanya adat atau kebiasaan yang diamalkan.

Apapun, bukan soal gelaran yang harus menjadi keutamaan sebaliknya sejauh manakah ‘menjaga kemuliaan’ gelaran tersebut.
 
Justeru kepada haji dan hajah, fahamilah tanggungjawab berat yang terpikul di bahu mereka. Muhasabah diri apakah benar-benar sudah mencapai haji mabrur atau pemergian kita ke tanah suci sekadar ‘makan angin’.
 
Haji dan haji dan hajjah perlu menunujukkan tauladan yang baik dalam kehidupan seharian. Lakukan perkara kebaikan dan jauhkan perbuatan yang ditegah.
 
Kalau dahulu sebelum ke Mekah tidak pernah bersolat, setelah pulang mereka rajin bersolat, kalau dahulu mereka ‘bermulut celupar’ tetapi sekarang mereka menjaga tutur kata dan perbuatan.
 
Semua itu akan membuktikan bahawa pelaksanaan ibadah haji benar-benar memberi kesan dan membawa perubahan kepada kehidupan mereka khususnya dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
 
Sedarlah, sama ada dipanggil haji atau hajah tidak pen­ting, tetapi lebih mustahak sejauh manakah perbuatan, tingkah laku dan amal ibadah setaraf dengan gelaran tersebut.
 
Tiada apa yang perlu dibanggakan, bergelar haji atau hajjah, tetapi perangai lebih teruk jika dibandingkan orang yang belum berpeluang mengerjakan ibadat haji.
 
Mungkin haji dan hajjah seumpama itu boleh berasa bangga kerana dipanggil gelaran berkenaan, tetapi di sisi Allah SWT yang dinilai adalah ketakwaan. 

No comments:

Post a Comment