Monday, 23 January 2023

TUKAR PASANGAN DIANGGAP LEBIH MULIA

 
Fenomena tukar pasangan boleh dilihatkan sebagai sebahagian revolusi seks pada dekad-dekad kebelakangan ini. Mengamalkan tukar pasangan dianggap lebih 'mulia' berbanding curang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.
 
Tukar pasangan, kekadang dirujuk sebagai gaya hidup bertukar pasangan, ialah "kegiatan seks bukan monogami yang boleh dihayati oleh sesuatu pasangan dan yang diperlakukan hampir serupa dengan mana-mana kegiatan sosial yang lain". 
 
Apapun alasan diberikan, amalan tukar pasangan menyalahi norma kemanusiaan. Amalan ini wujud dalam dunia haiwan. Bahkan, ada spesis haiwan menetapkan pasangan masing-masing dan menghalang jantan lain mendekati pasangannya.
 
Tegas di sini, mereka melakukan tukar pasangan layak dikategorikan lebih hina berbanding haiwan.  
 
Manusia punya akal untuk menolak betapa amalan tukar pasanan ini amat jelek dan melepasi kewarasan fikiran yang normal.
 
Kebahagiaan rumah tangga boleh dicapai dengan rasa lebih menyangi antara satu sama lain. Hormat hak dan beri layan terbaik kepada pasangan sama ada zahir mahupun batin.   
 
Perkahwinan amat dituntut oleh Islam. Ia adalah ikatan halal yang membolehkan lelaki dan perempuan menjalani kehidupan mengikut keinginan dan keperluan mereka. 
 
Melalui perkahwinan lelaki dan perempuan akan mengecapi nikmat hidup yang lebih bermakna. Secara tabie, lelaki dan perempuan saling memerlukan bagi melengkapkan kehidupan sosial dan seks.
 
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.” – (Surah ar-Rum, ayat 21).

No comments:

Post a Comment