Thursday 12 January 2023

MANA EJAAN BETUL ‘STOKIN’ ATAU ‘STOKING’

 
Sejenis pakaian dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘sock’. Ia adalah sejenis pakaian yang dibuat daripada benang sutera, benang kapas, benang bulu dan lain-lain untuk membalut kaki.
 
Jika dicari terjemahan (translate) ‘sock’ ialah ‘stokin’. Namun, jika kita mencari definisi ‘stokin’ dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada entri ‘stokin’ ditemui.
 
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, enti perkataan stoking sahaja yang ada dan padanan ‘sock’ dalam bahasa Melayu ialah stoking. Oleh itu, ejaan stoking yang paling tepat.

No comments:

Post a Comment