Amalin Binti Hasanuddin, 12, tinggal di Kampung
Gual Nibong Gual Periok. Anak sulung dari 4 adik beradik. Pelajar darjah 6 di
SK Gual Periok, Rantau Panjang.
Amalin atau lebih mesra dipanggil Kakak menderita
sakit batu dalam hempedu dan hati. Mula-mula dikesan 4 bulan lepas sekitar
bulan Jun 2022. Sejak itu hanya terlantar dalam rumah, tidak dapat ke sekolah mahupun
turun bermain seperti kanak-kanak lain yang seusia Kakak.
Bermula bulan lepas juga berat badan beliau
menyusut mendadak dari 33 kg ke 25 kg. Penurunan berat badan yang cepat ini
disebab Kakak tidak makan disebab tidak dapat menelan makanan akibat sakit bahagian
tekak. Kalau masuk makanan akan muntah. Hanya minum air dan susu sahaja.Tiada
lagi kenikmatan makan.
Bermula bulan Jun lepas rutin kehidupan Kakak
berubah 100 peratus terpaksa berulang alik ke hospital keluar masuk wad:
1. Hospital Lati Pasir Mas 19/6/2022
2. HRPZII Kota Bharu 20/6/22 - 28/7/22 40
hari buat scan
3. HRPZII Kota Bharu Ogos 5 hari buat MRI
4. HRPZII Kota Bharu demam 2 minggu wad
5. HUSM Kubang Kerian 10/9 - 15/9/2022
tebuk di perut/pinggang
6. HUSM Kubang Kerian 24/9 - 3/10/22
ultrasound & masuk antibiotik
Keputusan terkininya arahan dari HUSM kena pergi
masuk Hospital Selayang Selangor dalam masa terdekat untuk buat pembedahan
dengan segera.
Sebelum itu pada 11 Oktober 2022 kena ke
HUSM sekali lagi untuk dapatkan tarikh janji temu dan kemasukan ke Hospital Selayang.
Bapa Kakak bekerja sebagai pengawal di Hospital
Lati dengan pendapatan tidak seberapa. Sedangkan perbelajaan yang diperlukan
untuk rawatan dan perkara-perkara lain agak tinggi.
Untuk itu, diharap agar ada yang memberi
sumbangan untuk membantu Kakak dan meringankan beban keluarganya dari segi
kewangan.
Di bawah ini disertakan nombor akaun ibu
Amalin untuk sahabat-sahabat yang simpati dan ingin membantu. Nor Azlina Bt Mat
Jusoh Bank Islam 03081020412064.
Untuk mendapat maklumat lanjut boleh hubungi:
Nor Azlina Bt Mat Jusoh - 0139001294 (ibu)
Hasanuddin Bin Hasan @ Din – 01140348698 (bapa)
Kredit: Amran Rahman (sukarelawan
kebajikan). Tahniah dan didoakan semoga tuan terus aktif membantu asnaf. Serta dipermudahkan segala urusan.
No comments:
Post a Comment