Sunday 9 February 2020

CARA TANAM RUMPUT MINYAK UNTUK MAKANAN TERNAKAN

Rumput minyak (Brachiaria Humidicola) antara jenis rumput yang mudah tumbuh dan penjagaan yang minimun. Rumput minyak kini menjadi perhatian penternak sebagai sumber makanan ternakan mereka. 
 
Rumput minyak sesuai untuk makanan ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu, kerbau, rusa serta lain-lain ternakan yang makan rumput.

Untuk mendapat bekalan yang berterusan dan mencukupi kepada binatang ternakan masing-masing, kini ramai penternak yang menanam sendiri pokok rumput minyak. Selain itu ada petani yang menanam dan menjual rumput minyak.

Penggunaan rumput minyak sebagai sumber makanan kepada haiwan ternakan memerlukan kos lebih murah berbanding memberi palet atau dedak haiwan.

Penanaman rumput minyak menggunakan biji benih atau keratan akar rumput tua. Pada peringkat permulaan penanaman, tanah perlu dibajak. Buat 2 kali putar sampai hancur tanah.

Tapak tanah untuk menanam rumput minyak perlu dipilih kawasan yang tidak bertakung air pada musim hujan. Biasanya pokok akan mati jika air bertakung lebih seminggu.

Jarak tanaman rumput minyak perlu rapat agar pokok tersebut cepat menutup tanah bagi mengelak rumput liar lain tumbuh.

Waktu terbaik menanam rumput minyak ialah pada musim hujan untuk mempercepatkan tembesaran. Jika ditanam pada musim panas, proses siraman perlu dilakukan. Sebenarnya, pokok rumput minyak tahan pada cuaca panas, tetapi tumbesaran akan lambat.

Rumput boleh dituai setelah berusia sebulan setengah hingga dua bulan. Ketinggian ketika itu lebih kurang 15 inci sehingga 20 inci. Tuaian boleh dilakukan sebanyak 7-8 kali setahun bergantung pada jenis tanah, baja, siram dan cuaca.

1 comment:

  1. Tanah gambut berair sesuai tak tanam rumput minyak nie bossku. Apa kah ada Cara khusus untuk tanam rumput minyak di tanah gambut berair ?

    Terima Kasih

    ReplyDelete