Sunday 1 May 2022

PCAK AGIH SUMBANGAN KEPADA ASNAF

  
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) mendekati golongan asnaf pada ambang Hari Raya Aidilfitri agar mereka juga mampu tersenyum gembira. 
 
Hari ini menjadi hari sibuk untuk PCAK mengagihkan hamper, zakat, sedekah dan makanan berbuka kepada asnaf. Biar letih, asalkan asnaf gembira. 
 
Biarpun sumbangan tidak seberapa, ia diharapkan dapat “merubah buih menjadi permaidani” biarpun tidak mempu bertahan lama. Biarpun seketika, ia tetap menjadi satu kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
 
Oh mungkinkah diri ini 
Dapat merubah buih 
Yang memutih 
Menjadi permadani 
Seperti pinta 
 
Dengan lagu Buih Jadi Permaidani 
 
Itulah doa dan harapan seluruh warga PCAK dalam melaksanakan amanah penyumbang agar sedekah mereka dapat disampaikan kepada asnaf. 
 
Anda boleh menjadi sebagai sebahagian sahabat PCAK dengan menjadi sukarelawan dan penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment