Wednesday 11 May 2022

SEBAB INDIVIDU BUANG SAMPAH DI LUAR TONG

 
Sikap segelintir masyarakat membuang sampah di luar tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan menyebabkan banyak tempat di Kelantan kotor serta berbau busuk. 
 
Amat malang sikap buruk tersebut menjadi amalan penduduk Kelantan yang terkenal alim dan warak. Gelaran ‘Serambi Makkah’ sudah bertukar menjadi ‘Serambi Sampah’. 
 
Antara alasan mereka membuang sampah di luar tong adalah kerana tong yang sediakan tinggi. Sukar untuk memasukkan kerana ia berat dan kotor. Lebih-lebih lagi jika perempuan atau kanak-kanak yang membuang sampah. 
 
Tambahan, di sesetengah tong sampah, kadaan di tepi tong sampah becak yang akan mengotorkan kasut atau selipar, sedangkan selepas itu mereka hendak masuk kereta dan seterusnya pergi ke tempat kerja. 
 
Satu lagi alasan ialah jika mereka masukkan ke dalam tong sampah, akhirnya sampah akan melimpah juga. Sampah tetap kena diletakkan di luar tong. Sampah tidak dipunggah biarpun sampah telah penuh di dalam tong.

No comments:

Post a Comment