Wednesday 8 January 2020

CABARAN HIKING AIR TERJUN JERAM PERLUS

Air Terjun Jeram Perlus antara air terjun tercantik di Selangor. Kalau anda teringin ke sini sila mantapkan mental dan fizikal. Anda bakal meniarap, menonggeng, merangkak dan melompat. Anda mungkin tergelincir atau terjatuh terduduk.

Satu lagi yang sering diingati ialah terpaksa 'bertempur' dengan pacat di segenap sudut. Tidak kira ketika berjalan atau berhenti berehat, pacat pasti akan singgah untuk bersama. Jadi, ada perlu bersedia dengan keperluan untuk mengatasi masalah pacat ini.

Ini bukan hendak menakut-nakutkan, tetapi satu peringatan awal. Ramai yang berminat untuk hiking di tempat begini untuk kepuasan mencabar minda dan fizikal.

Cara nak ke sini, parking di Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai. Mulakan kembara berjalan kaki (hiking) melalui kawasan kampung dan kebun yang agak santai. Kemudian baharu masuk kawasan hutan yang mencabar. 
 
Jarak kembara berjalan kaki Jeram Perlus kira-kira 8 kilometer.

Terletak di kawasan belantara berhampiran Empangan Pangsun, Hulu Langat, Selangor, lokasi air terjun ini jarang dikunjungi orang awam berikutan kedudukannya yang jauh dari jalan raya dan terpencil.

Lebih tepat Jeram Perlus hanya menjadi lokasi kembara berjalan kaki dan bukan untuk santai bersama keluarga.

1 comment: