Air
Terjun Jeram Perlus antara air terjun tercantik di Selangor. Kalau anda
teringin ke sini sila mantapkan mental dan fizikal. Anda bakal meniarap,
menonggeng, merangkak dan melompat. Anda mungkin tergelincir atau terjatuh terduduk.
Satu
lagi yang sering diingati ialah terpaksa 'bertempur' dengan pacat di segenap
sudut. Tidak kira ketika berjalan atau berhenti berehat, pacat pasti akan singgah
untuk bersama. Jadi, ada perlu bersedia dengan keperluan untuk mengatasi
masalah pacat ini.
Ini
bukan hendak menakut-nakutkan, tetapi satu peringatan awal. Ramai yang berminat
untuk hiking di tempat begini untuk kepuasan mencabar minda dan fizikal.
Cara
nak ke sini, parking di Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai. Mulakan kembara berjalan kaki (hiking) melalui
kawasan kampung dan kebun yang agak santai. Kemudian baharu masuk kawasan hutan yang
mencabar.
Jarak kembara berjalan kaki Jeram Perlus kira-kira 8 kilometer.
Terletak
di kawasan belantara berhampiran Empangan Pangsun, Hulu Langat, Selangor,
lokasi air terjun ini jarang dikunjungi orang awam berikutan kedudukannya yang
jauh dari jalan raya dan terpencil.
Lebih
tepat Jeram Perlus hanya menjadi lokasi kembara berjalan kaki dan bukan untuk santai bersama keluarga.
Naik sini kena pakai permit ke tuan?
ReplyDelete