Kemeriahan
acara korban nampak ketara kerana acara itu diadakan secara kumpulan kecil di
mana setiap ekor lembu disembelih di satu tempat yang ditentukan oleh ketua
kumpulan yang biasanya juga pemilik asal lembu itu.
Hampir
seluruh ahli keluarga yang terlibat dalam ibadat korban akan berkumpul di
tempat di mana lembu akan disembelih. Bayangkan tujuh keluarga bagi mewakili
tujuh bahagian seekor lembu berkumpul di satu tempat. Suasana ini pastinya
kelihatan meriah.
Biasanya
tidak semua keluarga yang terlibat datang dari satu kampung yang sama. Ada yang
datang jauh dari daerah lain kerana yang menawarkan bahagian korban itu mungkin
ada hubungan keluarga atau rakan sekerja.
Jadi,
sejak awal pagi lagi atau sebaik selesai sembahyang sunat hari raya, mereka
terpaksa bertolak dari rumah masing-masing. Kesibukan kenderaan di jalan raya
agak ketara, masing-masing menuju ke tempat acara korban.
Ketika
acara korban itu wujud perkenalan baru yang terbentuk suasana persaudaraan yang
mesra biarpun baru berkenalan.
Lembu
yang dikorbankan diuruskan sendiri oleh ahli keluarga berkenaan. Mereka
berkumpul melakukan kerja melapah mengikut kebolehan masing-masing dengan
diketuai oleh seseorang yang lebih arif tugas tersebut. Kerja-kerja ini menjadi
pengalaman berharga bagi mereka yang kali pertama melakukannya.
Disebabkan
kerja melapah ini perlu dilakukan sendiri, ada ibu bapa yang anaknya tinggal
atau bekerja di luar Kelantan akan awal-awal lagi ingin kepastian sama adanya
akan pulang atau tidak.
Jika
anak tidak dapat pulang, mungkin dia terpaksa membatalkan niat untuk melakukan
ibadat korban pada tahun itu. Selain sebagai ibadat, korban juga adalah
sebahagian tanda penghargaan ibu bapa terhadap kepulangan anak-anak pulang
berhari raya di kampung.
Sebab
itu, anak Kelantan akan berusaha mendapatkan cuti pulang ke kampung pada
sambutan Aidiladha kerana merasakan seperti ada tanggungjawab yang perlu
dilakukan.
Proses
melapah dan pengagihan bahagian daging korban biasanya mengambi masa kira-kira
tiga jam. Sepanjang tempoh itulah nampak suasana kemeriahan dan masing-masing
ada tugas yang perlu dilakukan.
Bagi
kaum wanita pula sibuk memasak untuk dihidangkan sebaik selepas proses melapah
dan pengangihan bahagian korban selesai. Menu masakan biasanya ringkas dengan
menggunakan daging korban yang mula-mula diasingkan.
Dengan
kata lain, ada dua kemeriahan di sini, iaitu kaum lelaki sibuk melakukan
kerja-kerja melapah, pembersihan dan pengagihan daging korban. Manakala kaum
wanita pula sibuk menyediakan makanan yang perlu dilakukan dalam tempoh masa
yang agak singkat. Biasanya, sebaik kerja-kerja melapah selesai, hidangan juga
siap untuk dimakan.
Daging
korban, termasuk semua organ seperti perut, hati, tulang, limpa dan tulang yang
telah dibahagikan mengikut tujuh bahagian akan diuruskan dan diagihkan sendiri
oleh keluarga yang mengadakan ibadat korban kepada sesiapa yang difikirkan
layak menerimanya.
Belulang
atau kulit lembu yang termasuk dalam bahagian yang sepatutnya diagihkan tujuh
bahagian biasanya dipersetujui disedekahkan kepada sesiapa yang inginkannya.
Jadi,
setelah selesai kerja-kerja di tempat menyembelih lembu, maka daging itu akan
dibawa pulang ke rumah orang mengadakan ibadat korban. Setelah itu, daging
dikerat menjadi bahagian lebih kecil untuk diagih-agihkan pula.
Di
sini sekali lagi menampakkan kemeriahannya apabila kita akan melihat orang
bergerak ke sana dan ke mari untuk mengagih-agihkan bahagian daging korban. Ada
yang terpaksa memandu agak jauh semata-mata untuk mengagihkan daging korban
sebagai tanda persaudaraan dengan ahli keluarga atau kenalan yang tinggal
jauh.
Ada
juga yang memasak daging korban untuk dijadikan hidangan kepada jemputan yang
terdiri sanak saudara dan jiran tetanga yang diadakan pada sebelah malamnya
atau pada hari keesokannya. Jadi, di sana sini ada orang membuat kenduri
sempena ibadat korban.
Selain
diniat untuk ibadat korban, banyak juga ibu bapa yang mengambil kesempatan
mengambil satu bahagian daripada tujuh bahagian lembu untuk diniat sebagai
akikah. Daging akikah lebih afdal dimasak dan kemudian dijamu kepada orang
ramai.
Hal
ini secara tidak langsung memperlihatkan suasana kemeriahan sambutan Aidiladha
di Kelantan. Tidak ada acara sambutan lain yang berbeza dengan sambutan di luar
Kelantan. Dengan kata lain, kemeriahan sambutan Aidiladha di Kelantan
disebabkan tradisi perlaksanaan ibadat korban yang agak unik.
Mengenangkan
kemeriahan inilah, orang berasal daripada Kelantan yang tinggal di seluruh
negara akan sedaya mungkin pulang menyambut Aidiladha.
No comments:
Post a Comment