Allah
SWT memberi mimpi kepada Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya. Mimpi yang
berlaku berturut-turut itu diyakini dan difahami oleh Nabi Ibrahim tentang apa
yang perlu dilakukan olehnya. Biarpun
perintah itu amat berat, namum Nabi Ibrahim reda melakukan demi membuktikan
ketakwaannya.
Lebih
memilukan apabila berita itu disampaikan kepada Nabi Ismail, anaknya itu dengan
penuh reda menerima suruhan Allah SWT itu. Bahkan, Nabi Ismail beriya-iya benar agar suruhan itu dilaksanakan
dengan segera.
Allah
SWT merakamkan kisah ketika Nabi Ibrahim menyampikan perintah Allah SWT kepada
Nabi Ismail dan apa yang dijawab oleh Nabi Ismail.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi di dalam tidurku
aku diperintah menyembelih engkau, bagaimanakah pendapatmu? Jawab Ismail:
“Wahai ayahku, laksanakanlah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu.”
(Surah ash-Shaffat, ayat 102).
Ketaatan
dan keikhlasan dua beranak itu memberi pengajaran yang amat mendalam tentang
istilah dan tuntutan korban. Melakukan korban bukan perkara mudah dan sekadar
suka-suka.
Apakah
yang lebih disayangi di dunia ini melainkan anak? Bapa sanggup berkorban apa
sahaja, termasuk nyawanya sendiri demi membesarkan seorang anak. Tetapi, Nabi
Ibrahim melakukan sebaliknya. Anaknya bakal terkorban di tangannya
sendiri.
Begitu
juga tidak ada yang paling ditakuti oleh manusia di dunia ini melainkan maut.
Namun, Nabi Ismail pula tidak sabar-sabar untuk menemui maut semata-mata kerana
ingin melaksanakan suruhan Allah SWT.
Iblis
berusaha keras mengganggu upacara korban itu dengan membisikkan keraguan di
mereka agar membatalkan melakukan korban.
Simbolik
Nabi Ibrahim melontar iblis dengan batu daripada mengganggu tugasnya melakukan
korban diterjemahkan dalam perbuatan jamaah haji melantor di tiga buah Jamrah
ketika berada di Mina.
Sesungguhnya
Allah SWT tidak akan mendatangkan kerugian kepada hamba-Nya yang benar-benar
melakukan korban. Allah SWT menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas yang
baik, didatangkan dari syurga ketika mana Nabi Ibrahim telah hampir
melaksanakan korban terhadap anaknya.
Dari
peristiwa korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu, maka dijadikan asas kepada
ibadat korban yang diadakan pada setiap menyambut ketibaan Aidiladha.
No comments:
Post a Comment