Media baharu dan media
sosial menguasai dan mampu memainkan peranan ke arah pembentukan sesebuah
kerajaan. Peranan dan kuasa media baharu bakal penentu pilihan pengundi.
Kuasanya terletak pada
tangan dan jari orang muda yang kebanyakan menguasai media baharu dan media
sosial.
Statistik
menunjukkan 82 peratus pengundi menggunakan media sosial malah 90 peratus
pengundi muda aktif dalam medium tersebut.
Pihak berjaya menguasai
media sosial bakal memperoleh untung besar dalam menentukan pola pemikiran politik
semasa. Dalam aspek propaganda dan gerak saraf perang saraf (GSPS), ketepatan
fakta tidak penting.
Ini bukan bermakna
mengajar melakukan perkara tidak betul dalam meraih undi. Namun, dalam kempen
politik, tidak banyak perkara boleh dijangka.
Apa sahaja yang dapat
memberi keuntungan politik digunakan semaksima.
Hakikatnya, kita
mengharapkan pemain politik lebih bertanggungjawab dalam menguasai pentas
politik terutama di media sosial yang kesannya turut melibatkan semua pihak.
Kita berasa sedih apabila
golongan muda dilatih menjadi pejuang siber secara salah. Mereka menyerang
secara melakukan fitnah dan tidak mementingkan fakta.
Nilai pekerti tidak lagi
diutamakan. Tindakan mereka di laman sosial seperti tidak berasa bersalah
langsung biarpun perbuatan itu boleh mendatangkan malapetaka besar kepada
negara.
Pejuang siber perlu
mementingkan persepsi tepat dan betul dengan akal bijaksana dapat menguasai apa
yang ingin ditulis dan disampaikan kepada masyarakat.
Sebagai generasi muda
mestilah menghantar mesej yang baik dan tepat tentang pembangunan masa depan,
terutama perkara berkaitan agama, bangsa dan negara.
Jangan sekali-kali
gadaikan negara dengan tulisan atau mesej yang boleh menghancurkan kehidupan
kita selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment