Terdapat banyak jenis seni silat yang diajar dan diwarisi di
alam Melayu. Salah satu adalah Silat Panding Juan Sutan Maakat. Ia sebuah perguruan
silat yang bergerak di negeri Pahang. Silat ini dikatakan berasal dari Desa
Limau Hantu, Padang, Sumatera, Indonesia.
Seni silat ini telah dibawa ke Pahang oleh Sutan Maakat bin
Sutan Selan pada sekitar tahun 1903.
Di Pahang, silat ini telah berkembang pesat terutamanya di
daerah Temerloh. Boleh dikatakan sekitar tahun 1920-an sehingga tahun 1970-an,
silat ini merupakan antara salah satu perguruan silat yang paling popular di
negeri Pahang.
Gelanggang Silat Panding Juan Sutan Maakat tumbuh bagai
cendawan selepas hujan di kampung-kampung seperti di Bintang, Paya Banir, Paya
Jejawi, Sanggang, Bangau, Teluk Ira, Teluk Mengkuang, Lancang, Purun., Kerdau,
Lipat Kajang dan banyak lagi.
Silat adalah istilah kolektif untuk kelas seni
mempertahankan diri asal dari Asia Tenggara. Ia secara tradisinya diamalkan di
Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan
Selatan Vietnam. Silat telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya milik
Malaysia dan Indonesia.
No comments:
Post a Comment