Sunday, 20 April 2025

KERETA API LAJU SHINKANSEN SIRI N700

 
Shinkansen adalah sistem landasan kereta api berkelajuan tinggi yang pertama dibangunkan oleh sekumpulan jurutera kereta api (tren) Jepun dan mula beroperasi pada 1964 antara Tokyo dan Osaka. 
 
Landasan untuk kereta api berkelajuan tinggi itu mempunyai rangkaian landasan menjangkaui 2,700 kilometer merentasi seluruh Jepun. 
 
Shinkansen dilengkapi dengan teknologi tahan gegaran bumi di Jepun dan setakat ini berjaya mengharungi pelbagai skala gegaran yang pernah berlaku di negara itu.
 
Nama Shinkansen adalah sistem landasan kereta api laju, sedangkan kereta api pula ada nama atau sirinya. Antara siri tersebut ialah Siri 300, Siri 500 dan Siri 700. Bermula 1 Januri 2007, Siri N700 mula memasuki perkhidmatan. Siri N700 pula ada banyak varian, yang setiap satunya ada ciri-ciri khusus.

Shinkansen beroperasi berdasarkan ciri Crash Avoidance, bebas daripada sebarang kemungkinan berlaku kemalangan.
 
Dan percaya atau tidak, rekod menunjukkan tidak pernah berlaku sebarang kecelakaan yang meragut nyawa sejak ia mula beroperasi. Operasinya juga cekap dan tepat masa.
.
Purata kelewatan yang dicatatkan oleh Central Japan Railway Company (JR Central) pada 2014 untuk Shinkansen adalah 54 saat. Begitulah cekapnya perkhidmatan kereta api di Jepun.

No comments:

Post a Comment