Wednesday 6 December 2023

ISTILAH LAMA BAHASA MELAYU

 
Bahasa Melayu telah lama dipertuturkan di kalangan penduduk di Tanah Melayu dan di Nusantara. Sepertimana bahasa-bahasa lain, istilah atau perkataan yang digunakan sentiasa berubah mengikut perubahan masa dan keperluan semasa. 

Istilah lama yang jarang digunakan pada masa kini disenaraikan sebagai bahasa lama atau bahasa klasik. Pun begitu, istilah itu tidak salah untuk digunakan pada masa sekarang selagi ia difahami atau diterima.
 
Antara perkataan tersebut ialah;
Marcapada - bermaksud dunia masa kini,
Arakian - bermaksud maka atau sesudah itu.
Taakul - bermaksud membuat pertimbangan atau penilaian
Intiha – bermaksud penutup atau penghabisan.
Mahsul – bermaksud hasil atau pendapatan
Kesenjangan – bermaksud ketidakseimbangan
Sementelahan - bermaksud tambahan pula
Walhasil - bermaksud kesimpulannya.
Ketimbang - bermaksud berbanding,

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment