Tuesday, 11 July 2023

Hadi puji DAP, sedia kerjasama jika ditawar

 
Politik ini berubah-ubah. Dahulu kawan, sekarang lawan. Pernah puji, bertukar menjadi keji. Sebab itu, dalam politik ini jangan kita menyalahkan pihak lain sepertilah kita tidak pernah melakukan perkara sama. Tambahan sekarang ini perkara lepas yang pernah berlaku mudah untuk dicari “bukti” melalui media sosial atau media maya.
 
Parti Islam Se-Malaysia (Pas) pernah berkerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pemimpinnya pernah berpelukan dan bergelak ketawa. Begitu akrab dan saling mempertahankan antara satu sama lain.
 
Bagaimanpun, pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.
 
Bagaimanpun, pada 28 Mei 2018, Tan Sri Hadi Awang, Presiden Pas pernah memuji DAP dan menyatakan sanggup atau bersedia bekerjasama dengan DAP jika ditawarkan.
 
Baca laporan akhbar mengenai perkara berkaitan
 
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.
 
Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.
 
“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari ini.
 
Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.
 
“Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik,” katanya.
 
Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.
 
Pas juga tidak menyertai Pakatan Harapan semasa PRU14 lalu sebaliknya menubuhkan gabungan pembangkang lain dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette
 
https://malaysiagazette.com/2018/05/28/hadi-puji-dap-sedia-kerjasama-jika-ditawar/?fbclid=IwAR3JADHALUHTkfFyrPHDqWIL6y5RahH4ziM4VnvmUuKPtdM9Bxi6KJc4Gwc

No comments:

Post a Comment