Jejambat dari arah Kota Bharu merentangi
bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor yang bernilai RM97.6 juta dibuka kepada
laluan semua jenis kenderaan bermula 26 jUN 2023.
Pembukaan laluan tersebut disempurnakan
oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi diharapkan akan
dapat menyuraikan trafik di sekitar bulatan Wakaf Bharu yang mengalami
kesesakan lalu lintas pada waktu puncak terutamanya pada sebelah pagi, petang
dan musim perayaan.
Jejambat itu merupakan projek rintis bagi
pelaksanaan projek pembinaan secara Building Information Modelling (BIM).
Kos awal projek tersebut berjumlah RM105.5
juta dapat dijimatkan sebanyak RM7.9 juta dengan menggunakan kaedah BIM, apabila
kos keseluruhan menurun kepada RM97.6 juta.
Ia dilaksanakan secara reka dan bina sekali
gus meningkatkan tahap keupayaan jalan dari tahap F ke tahap C iaitu membawa
maksud kelancaran trafik berjaya ditingkatkan.
Projek tersebut melibatkan jejambat jalan
berkembar empat lorong melintasi bulatan Wakaf Bharu (Kota Bharu - Pengkalan
Kubor) sepanjang 470 meter.
Selain itu, dua jambatan sedia ada iaitu
jambatan atas rel dan jambatan Alor Kedemit turut dilebarkan selain bulatan
Wakaf Bharu sedia ada dinaik taraf kepada persimpangan lampu isyarat.
Projek jejambat dari arah Kota Bharu
merentangi bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor itu bermula pada 19 Februari
2018 dan siap pada 15 Jun 2023 adalah hadiah bermakna yang diluluskan oleh
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2017.
Sesungguhnya, projek yang berimpak tinggi
untuk kepentingan rakyat di Kelantan adalah hasil usaha pemimpin UMNO. Pemimpin
Pas Kelantan sekadar dapat pada majlis perasmian yang menampakkan segala usaha
untuk perlaksanaan projek tersebut hasil usaha mereka.
No comments:
Post a Comment