Thursday 11 February 2021

KEBAIKAN KHASIAT BUNGA BETIK JANTAN

Khasiat buah betik telah lama diketahui dan diakui banyak pihak di seluruh dunia. Betik menjadi antara jenis buah yang banyak dinikmati masyarakat di seluruh dunia. 
 
Namun tidak banyak yang mengetahui mengenai kegunaan dan khasiat bunga betik. Bunga betik dipercayai amat baik untuk mengubati masaalah seperti pesakit darah tinggi.  
 
Walaupun begitu, banyak orang tidak menggemari bunga betik kerana rasanya agak pahit. Memanglah, ubat atau yang boleh dijadikan penyembuh kepada penyakit rasanya pahit. 
 
Pun begitu, bagi individu ingin mendapat manfaat khasiat betik dan menjadikan ia ramuan dalam hidangan, rasa pahit itu dianggap perkara kecil dan boleh diatasi apabila biasa mengamalkannya. 
 
Pada kebiasaanya, bunga betik yang diambil ialah bunga betik jantan. Bunga betik jantan biasanya tidak menghasilkan buah. Kalaupun ada mengeluarkan buah, ia dalam bentuk kecil dan isi yang tidak berkualiti. 
 
Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang dengan jumlah tangkai bunga yang banyak pada satu-satu pokok betik jantan. Ia berbentuk kecil dengan warna hijau keputihan berbeza dengan bunga jenis betina atau bunga betik jantan. 
 
Lazimnya pokok betik jantan akan dibuang oleh petani atau pokok tersebut dimusnahkan bagi mengurangkan kos pengurusan dan berkemungkinan akan menjadi punca penyakit. Namun, bagi yang ingin mendapatkan bunga betik jantan, pokok itu akan dibiarkan terus hidup. 
 
Pada kebiasaanya cara bagi makan bunga betik ialah dengan cara bunga betik dicelur terlebih dahulu bagi tujuan untuk melembutkannya dan mengurangkan sedikit rasa pahitnya. 
 
Ada juga yang merebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula bagi menambah rasa enaknya. Air rebusan tersebut boleh diminum sehari dua kali pada waktu pagi dan malam apabila sudah sejuk. 
 
Kandungan papain di dalam air rebusan tersebut didakwa mampu menyembuhkan beberapa penyakit, termasuk demam denggi. Ia telah dijadikan amalan sebagai rawatan dengan cara memakan bunga betik dan pucuk betik.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete