Mencari pemimpin kuat. Dengan kepimpinan yang
kuat, ia akan melicinkan parti untuk bergerak ke hadapan dengan lebih baik di
samping mampu menambat keyakinan pengundi.
Pemimpin yang kuat ialah mereka yang mendapat
sokongan akar umbi. Maknanya mereka mendapat sokongan dalam apa juga keadaan.
Sememangnya sokongan akar umbi adalah penting
kerana ia menjadi tunjang kekuatan bagi seseorang pemimpin itu. Tetapi untuk
mendapat sokongan akar umbi bukanlah mudah.
Pemimpin itu perlu benar-benar berjiwa rakyat
dan sentiasa mementingkan suara akar umbi, biarpun apa juga jawatan yang
disandangnya.
Apabila berada pada kedudukan yang tinggi
dalam parti, seseorang pemimpin itu sudah merasakan dia sudah kuat sehingga
suara-suara akar umbi tidak dipedulikan. Lebih malang ,
langkah atau tindakan yang dilakukan lebih banyak didorong oleh nasihat atau
cadangan orang sekeliling dan bukannya mendengar apa kata rakyat.
Kesudahannya rakyat atau ahli parti menjadi
bosan dan mereka menghukum pemimpin itu dalam pemilihan parti mahupun pilihan
raya dan apabila itu berlaku barulah, kita hendak bercakap soal mendengar suara
akar umbi.
Ahli-ahli akar umbi ini harus dibenarkan
untuk meluahkan apa sahaja perasaan demi kebaikan parti kerana mereka juga
turut berasa malu dengan apa yang terjadi.
Sindrom tidak boleh bercakap atau tidak
dibenarkan bercakap harus dihapuskan. Dalam usaha mewujudkan kepimpinan yang
kuat memerlukan ketelusan yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan, bukan
retorik. Melalui pendekatan bersikap terbuka untuk mendengar luahan di
peringkat akar umbi, ia sudah pasti akan membantu memperbaiki kelemahan.
Pemimpin-pemimpin tidak harus cuba
menyembunyikan fakta. Kalau kepimpinan yang kuat itu hendak diwujudkan,
tindakan mendengar keluhan rakyat di peringkat bawah adalah penting.
Negara perlu berusaha untuk mewujudkan
barisan kepimpinan yang kuat ketika sedang berhadapan dengan cabaran yang
getir. Jika negara terus memiliki barisan kepimpinan yang lemah dan dilihat
tidak mempunyai cengkaman bagi mengawal apa juga situasi termasuklah
tuntutan-tuntutan melampau kaum-kaum lain, ia boleh meletakkan orang Melayu
dalam keadaan bahaya.
Kalau parti-parti komponen lain sudah
menyatakan dengan tegas bahawa mereka akan memperjuangkan nasib kaum yang
mereka wakili, kenapa UMNO perlu berselindung lagi.
UMNO harus berani dan pemimpin harus kuat
untuk berhadapan dengan situasi itu. Jangan sampai dilihat terus lemah sehingga
ia memberi kesempatan kepada orang lain untuk memijak Melayu.
Pemimpin yang dipilih perlu berdasarkan
kepada rekod perkhidmatan dan pengalaman. Jika pemimpin dipilih menggunakan
laluan ekspres ia bermakna pemimpin itu tidaklah sekuat mana. Pemimpin yang
bakal dipilih biarlah pemimpin yang menggunakan 'tiket henti-henti', maknanya
bermula dari bawah dan sudah benar-benar sebati dengan hati nurani rakyat di
peringkat bawah.
Begitu juga jika memilih pemimpin yang
dilihat proksi kepada mana-mana pemimpin. Ini juga boleh membawa kehancuran
kepada negara. Apa yang penting kena pilih pemimpin yang memahami sentimen
rakyat.
Mereka tidak harus menganggap seseorang pemimpin itu kuat
hanya semata-mata kerana dia mempunyai hubungan atau berada dalam satu kem
dengan pemimpin tertentu.
No comments:
Post a Comment