Fakta PRN Johor 2026. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menyaksikan sebanyak 172
calon yang sah bertanding untuk merebut kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN). Daripada jumlah tersebut, 138 calon adalah lelaki dan 34 calon wanita.
Pertandingan melibatkan calon mewakili Barisan Nasional
(BN), Pakatan Harapan (PN), Perikatan Nasional (PN), Bersama dan bebas.
Hanya BN dan PH yang bertanding di semua 56 kerusi DUN yang
dipertandingkan. PN hanya bertanding di 27 kerusi iaitu 11 dari PAS dan 16 dari
Bersatu atas lambang PN biarpun hubungan kedua-dua parti itu telah putus.
Presiden PAS mengarahkan jentera PAS tidak membantu dan
tidak mengundi 16 calon BERSATU walaupun guna lambang sama iatu PN.
Hanya BN yang menentang semua kerusi PH termasuk
kerusi-kerusi DAP. Manakala PAS hanya bertanding menentang kerusi-kerusi
UMNO-BN.
Untuk menubuhkan kerajaan setiap parti perlu menang
sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi DUN.
Hanya BN atau PH sahaja yang berpeluang membentuk kerajaan. Sebaliknya
PAS-PN mahupun BERSATU-PN tidak mungkin boleh menubuhkan kerajaan secara
bersendirian.
Apabila BN, termasuk calon dari UMNO bertanding atau melawan
calon DAP, jelas sekali tohmahan UMDAP, hanyalah propaganda politik murahan
untuk melunturkan menyerang UMNO yang kononnya menjadi "barua" kepada
DAP.
Sedangkan PAS mahupun BERSATU hanya bertanding melawan
UMNO-BN bukan DAP-PH.
Penamaan calon telah berlangsung pada 27 Jun 2026. Pengundian awal ditetapkan pada 7 Julai 2026 dan hari
mengundi pada 11 Julai 2026.

No comments:
Post a Comment