Malaysia tersenarai sebagai negara pengeluar kepala kereta api
(lokomotif) yang bukan sahaja digunakan di dalam negara, bahkan juga dieksport
ke luar negara. Lokomotif yang dihasilkan telah dieksport ke Tanzania Railways Corporation,
membuktikan keupayaan teknologi rel Malaysia di peringkat global. Ia mula diperkenalkan
pada 2021.
SMH Rail Sdn Bhd (SMH Rail), syarikat
pengeluar dan penyedia perkhidmatan penyenggaraan kereta api yang terkemuka memperkenalkan
lokomotif Siri H10, lokomotif elektrik diesel pertama buatan Malaysia untuk
pasaran eksport.
Lokomotif Siri H10 SMH Rail disenaraikan
oleh Malaysia Book of Records sebagai 'Lokomotif Buatan Tempatan Pertama Untuk
Dieksport'.
Lokomotif dwikabin itu mematuhi piawaian
Kesatuan Antarabangsa Keretapi (UIC) yang direka untuk pengangkutan muatan
berat dan perkhidmatan jarak jauh tanpa gangguan.
Salah satu daripada ciri utamanya ialah
keupayaan beroperasi dalam persekitaran dan keadaan cuaca melampau, untuk
jaminan prestasi tergabung dengan tahap kebolehpercayaan dan ketersediaan yang
tinggi.
Lokomotif Siri H10 dilengkapi dengan
penyelesaian pemantauan dan diagnostik jarak jauh untuk menyediakan maklumat
terkini dalam masa sebenar kepada pengendali rel.
Ia akan membolehkan pengendali rel memantau
prestasi dari jarak jauh termasuk kelajuan, keperluan penyenggaraan, penggunaan
bahan api dan pemberitahuan ralat.
Lokomotif itu turut menyokong analisis data
yang menjejak pengendalian cuai, mengurangkan risiko kegagalan dan menambah
baik keselamatan operasi.
SMH Rail memberikan sumbangan penting untuk
mentakrifkan semula industri pengangkutan demi menjamin kelestarian
perkhidmatan rel dalam jangka panjang selaras dengan cogankata 'Towards Green
Mobility', iaitu matlamat untuk mempelopori pengangkutan mesra alam.
Reka bentuknya yang praktikal memastikan
tahap kebolehpercayaan dan ketersediaan yang lebih tinggi untuk meningkatkan
kecekapan operasi, dengan kapasiti muatan lebih tinggi dan mengurangkan masalah
penyenggaraan untuk kos kendali lebih rendah sepanjang kitaran hayatnya.
SMH Rail adalah pengeluar dan penyedia
perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi kereta api yang
bertapak di lebih 20 negara.
Syarikat itu memiliki mempunyai pengalaman
menjangkau lebih dua dekad menyediakan penyelesaian kejuruteraan rel kepada
pengendali rel pada peringkat serantau dan global.
Ia beroperasi dari kemudahan pengeluaran
kereta api bersepadu yang bertauliah antarabangsa di Rasa, Hulu Selangor dan
mempunyai operasi serantau di beberapa pasaran di serata dunia.
No comments:
Post a Comment