Saturday, 15 June 2024

JENIS ROTI YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

 
Roti dibuat daripada gandum. Gandum ada beberapa jenis. Gandum yang banyak di pasaran adalah gandum putih. Roti yang lebih sihat ialah diperbuat daripada tepung gandum penuh (wholemeal atau wholewheat atau wholegrain).
 
Tepung gandum penuh padat dengan kebaikan nutrisi yang dapat membantu anda memulakan gaya hidup sihat. Mulakan hari anda dengan pilihan roti yang lebih berkhasiat untuk mengatasi setiap halangan.
 
Wholemeal adalah biji gandum yang tidak diproses. Ia hanya dikisarkan menjadi tepung wholemeal dan tepung inilah yang digunakan untuk membuat roti wholemeal.
 
Biji gandum mengandungi tiga bahagian. Pertama (A) ialah bahagian dalam yang hanya ada kanji. Kedua (B) ialah bahagian luar yang mengandungi serat dan phytonutrient iaitu sejenis antioksidan yang memberi perlindungan kepada biji gandum dan bagus untuk kesihatan usus kita. Ketiga (C) ialah kandungan protein, vitamin B, calcium, zat besi, magnesium, potassium.
 
Tepung gandum putih yang berproses, hanya ada kanji saja (A). Bahagian luar biji gandum iaitu B dan C, yang mengandungi serat, phytonutrients, protein, vitamin dan zat-zat dibuang.
 
Roti yang diperbuat daripada tepung gandum putih berproses ialah roti putih. Hanya ada kanji saja dan memanglah sangat lembut tetapi kurang elok untuk kesihatan kita. Roti manis berproses lagi teruk dan inilah memberi sumbangan besar kepada obesiti di Malaysia sebab sangat senang didapati dan murah.
 
Pilihlah roti yang lebih sihat yang tinggi kandungan serat seperti roti wholemeal.Tetapi apa-apa pun, jangan makan berlebihan.
 
Apa yang lebih baik untuk kesihatan kita ialah elakkan makanan segera yang selalunya diperbuat daripada tepung gandum seperti biskut, kek, donut, kuih, goreng-gorengan yang selalunya disalut tepung gandum.
 
Jangan lupa, makanan segera memang murah, tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang pastinya memerlukan kos rawatan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment