Sunday 31 March 2024

KUTU BERUANG PEROSAK TANAMAN PADI

 
Kutu beruang atau nama sainstifiknya Scotinophara coarctata menjadi perosak tanaman padi. Kawasan penanaman padi yang diserang kutu beruang akan menyebabkan kerosakan yang amat teruk dan kerugian yang tinggi kepada penanam.
 
Kitaran hidup kutu beruang.
- Nimfa yang baru menetas berwarna putih dengan tompok hujau dan merah jambu.
- Ia akan bertukar kepada warna coklat gelap atau hitam berkilat apabila dewasa.
- Telur diletakkan berbaris 22-66 biji sekelompok.
- Seekor betina boleh bertelur sehingga 680 biji.
- Kutu beruang betina akan melindungi telurnya yang akan menentas dalam masa 4-7 hari
- Limfa mempunyai lima instar yang mengambil masa 29-35 hari.
- Kutu beruang dewasa boleh hidup selama 200 hari.
- Kutu beruang dewasa sangat tertarik kepada cahaya lampu (kecuali lampu mentol kuning)
- Tangkapan paling tinggi pada malam bulan penuh.
 
Kerosakan akibat serangan kutu beruang
- Kutu Beruang menyerang tanaman padi pada pelbagai peringkat pertumbuhan daripada anak benih hingga matang.
- Kerosakan teruk biasanya dilihat selepas padi terbit atau matang, terutamanya apabila pengairan dihentikan semasa tempoh matang.
- Nimfa dan kutu beruang dewasa biasanya ditemui di bahagian pangkal pokok padi dan kerosakan disebabkan kutu beruang menghisap sap pokok padi.
- Pada waktu pagi, kutu beruang menghisap di bahagian atas pokok pada dan pada permukaan atas daun.
- Apabila intensiti cahaya matahari meningkat, kutu beruang bergerak ke bahagian bawah daun dan batang.
- Serangan menyebabkan tanaman terbantut, bilangan anak padi berkurangan serta mengakibatkan gejala “bulu ayam”
- Kerosakan yang teruk pada mana-mana peringkat menyebabkan tumbuhan menjadi layu dan kering, keadaan yang dikenali sebagai bug burn.
 
Cara kawalan kultura   
- Memandangkan Kutu beruang kekal di dalam tunggul padi selepas musim menuai,proses pembajakan boleh membantu membunuh perosak dan memusnahkan perumah.
- Sawah perlu dikeringkan sepenuhnya semasa tiada padi kerana kutu beruang tidak tahan lama dalam keadaan lapar dan kering.
- Aras air boleh dinaikan melebihi 40 cm untuk memaksa kutu beruang naik ke atas bagi memudahkan kawalan.Telur tidak akan menetas jika ditenggelami air.
 
Kawalan biologi
- Penyengat merupakan parasitoid telur manakala kumbang carabid, labah-labah, cengkerik serta kerengga menyerang telur,nimfa dan kutu beruang dewasa.
- Itik dan katak turut didapati memakan nimfa dan serangga dewasa.
 
Kawalan kimia
- Antara bahan yang berkesan mengawal kutu beruang termasuk fenthion, butyphenyl methylcarbamate, isoprocarb dan alpha-cypermethrin.
- Racun serangga perlu disembur secara terus ke pangkal tumbuhan dimana kutu beruang berada untuk memberi kawalan yang paling berkesan.
 
Disediakan oleh Bahagian Industri Padi MADA

No comments:

Post a Comment