Monday, 29 May 2023

BANTUAN BERAS AL-ITAM KERAJAAN KELANTAN

 
Setiap bulan, seramai 300 penerima bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelatnan yang melibatkan sebanyak 45 DUN kesemuanya akan menerima bantuan Beras Al-It'am daripada Kerajaan Negeri Kelantan.  
 
Program yang bermula tahun 2011 itu telah melibatkan peruntukanan dari Kerjaan Kelantan sebanyak RM49.1 juta untuk sehingga 2022. Ia memanfaatkan kepada 13,000 orang setiap bulan melibatkan penerima seluruh Kelantan pada setiap bulan.
 
Melalui skim tersebut, penerima mendapat bekalan empat gantang beras (10.8 kilogram), minyak masak satu kilogram dan gula satu kilogram setiap bulan. Manakala, pada bulan Ramadan tambahan satu kotak kurma turut diagihkan kepada penerima melalui DUN masing-masing.
 
Peruntukkan kewangan yang disalurkan kepada setiap DUN juga turut bertambah dari tahun ke tahun bagi membolehkan lebih ramai golongan miskin di setiap DUN menerima manfaatnya, sebagai contoh tahun 2011 jumlah yang diperuntukan ialah RM1.5 juta bagi 100 penerima di setiap 45 DUN, namun begitu pada tahun 2022 jumlah peruntukan telah bertambah kepada RM6.3 juta yang membolehkan 300 penerima bagi setiap 45 DUN.

No comments:

Post a Comment