Friday, 7 April 2023

DUA KEADAAN KETIKA PERIKSA PEMANDU WANITA

 
Kalau pemandu wanita biasanya saya tak akan periksa lama-lama. Dua situasi nak tau sama ada "mereka" ni ada lesen atau tidak.
 
Situasi pertama.
 
"Selamat pagi, sila tunjukkan lesen memandu"
 
Kalau mata dia terkesima tiga saat. Yang ni abam akan terus suruh ke tepi.
 
Tau dah, akan keluar drama bersiri yang panjang. Apa apa hal, suruh ke tepi dulu.
 
Situasi kedua.
 
"Selamat pagi, sila tunjukkan lesen memandu"
 
Kalau tak banyak cerita dia terus selongkar bag kat tempat duduk sebelah. Yang ni abam akan suruh terus jalan. Malas nak tunggu.
 
Tau dah, berjam-jam lepas tu baru dia jumpa lesen tu.
 
Teks dan gambar – Media sosial

No comments:

Post a Comment