Kita bersahabat dan berkawan kerana itu keperluan
naluri manusia. Dan paling penting untuk dilakukan kerana ia tuntutan agama.
Dalam dunia maya hari ini, persahabatan
banyak terbina melalui media sosial. Macam-macam platform boleh dijadikan
penghubung persahabatan.
Ada sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah
bertemu kembali di media sosial. Persahabatan yang terputus kembali bersambung.
Kisah dan cerita lama dikongsikan seakan ia baharu berlaku.
Hidup yang sunyi kembali ceria dengan
hubungan persahabatan biarpun tidak bertemu di alam nyata. Berhubung melalui
alam maya tetap bererti dan pernuh kebaikan.
Pun begitu, dalam kita membicarakan tentang
persahabatan, alam maya juga menjadi pemisah atau pemutus kepada persahabatan.
Disebabkan masalah peribadi, ada sahabat yang dibuang dari Kumpulan WhatsApp
atau dihalang daripada berhubung.
Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment