Friday 25 March 2022

PERINTAH TAAT KEPADA PEMIMPIN

  
Taat kepada pemimpin atau pemerintah sama tarafnya dengan taat kepada ibu dan bapa selepas Allah dan Rasul. Taat kepada Allah dan Rasul tiada hadnya, tetapi taat kepada pemimpin termasuk ibu bapa ada hadnya. 
 
Sabda Rasulullah bermaksud: “(Wajib) dengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap orang Muslim pada apa yang ia suka dan ia benci, selagi mana ia tidak diperintah melakukan maksiat, apabila ia diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi dengar dan taat.” (Hadis riwayat Bukhari) 
 
Maksudnya kena kekal taat pemerintah dalam perkara kebaikan dan tidak wajib taat dalam soak mendatangkan keburukan. Inilah had ketaatan manusia kepada manusia lain, termasuk kepada ibu bapa. 
 
Jika bapa atau ibu perintahkan anaknya minum arak atau ambil dadah, tidak wajib anak itu mentaatinya. 
 
Namun begitu tidak gugur ketaatan kepada pemerintah atau ibu bapa, jika kedua-duanya melakukan dosa. 
 
Contoh mudah, ibu atau bapa minum arak, maka sebagai anak wajib mentaati dan menghormati ibu bapanya biarpuan mereka telah melakukan perkara dosa. 
 
Perbuatan dosanya, adalah dosanya kepada Allah. Berbeza kalau di samping minat makan rasuah dia perintahkan rakyatnya makan atau beri rasuah. Maka dalam hal rasuah ini sahaja yang rakyat tidak boleh taat. Perintah dalam hal-hal kebaikan lain perlu dipatuhi.

No comments:

Post a Comment