Tuesday 4 January 2022

BEZA KESAN ‘HYPER’ DAN ‘HYPO’ KENCING MANIS

  
Kadar gula dalam darah perlu dikawal, terutama di kalangan pengidap kencing manis apabila insulin tidak berfungsi sepenuhnya. 
 
Dua keadaan biasa dialami oleh pengidap kencing manis: 
 
- Hypergylycaemia/bacaan gula terlalu tinggi 
‘Hyperglycemia’ boleh menyebabkan kerosakan tehadap beberapa organ, yang kemudiannya membawa kepada komplikasi diabetes. Ini termasuklah masalah jantung atau vaskular, seperti serangan jantung atau strok masalah buah pinggang yang memerlukan dialisis, masalah mata, yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan (buta), isu seksual, seperti disfungsi erektil/’erectile dysfunction’ masalah dengan pengaliran darah, yang boleh menyebabkan amputasi. 
 
- Hypoglycaemia / bacaan gula terlau rendah 
Hipoglisemia/ 'Hypoglycaemia' atau gula darah rendah boleh menyebabkan gejala yang berbeza untuk semua orang yang menghidap kencing manis. Anda akan terbiasa dengan gejala bagi keadaan ini jika anda selalu mengalaminya, walaupun gejala anda mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. 
 
Tanda-tanda awal gula darah rendah termasuklah selalu berasa lapar berpeluh, bibir kesemutan, berasa goyah atau menggigil, pening berasa penat, denyutan jantung yang cepat atau berdebar-debar menjadi mudah marah, menangis atau murung, menjadi pucat. 
 
Sekiranya hypoglycaemia tidak dirawat ia boleh menyebabkan lemah badan, penglihatan kabur, kesukaran menumpukan perhatian kekeliruan, tingkah laku yang pelik, percakapan yang tidak jelas, atau cemerkap (seperti mabuk), rasa mengantuk, sawan dan pengsan.

No comments:

Post a Comment