Monday 30 August 2021

MANFAAT MAKAN BUAH RAMBUTAN

Buah-buahan tempatan memang kaya khasiat. Ia elok dimakan untuk mendapat manfaat kesihatan, selain menikmati rasa lazat.

Antara jenis buah tempatan yang kaya khasiat dan kebaikan ialah buah rambutan.

Kebaikan makan buah rambutan ialah:

Antioksidan yang tinggi
Antioksidan membantu melawan pembentukan radikal bebas dalam badan, mencegah tekanan oksidatif dan melindungi sel-sel daripada kerosakan.

Bukan itu sahaja, tetapi beerapa penyelidikan juga menunjukkan bahawa antioxidan boleh memainkan peranan dalam pencegahan penyakit dan boleh mengurangkan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.

Meningkatkan tenaga 
Karbohidrat dan protein dalam rambutan membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengelakan perut kembung.

Rambutan ini juga kaya dengan air yang membantu mendapatkan kembali tenaga yang hilang dan menghilangkan dahaga.

Membunuh parasit
Selain faedah nutrisi, rambutan juga menawarkan fungsi teraputik. Pengambilan buah-buahan seperti ini boleh membantu untuk membunuh parasit yang ada pada usus dam membantu melegakan gejala-gejala cirit birit dan demam.

Melembabkan kulit
Selain daripada kesihatan dalaman, rambutan juga berfungsi untuk kulit lembut. Kandungan airnya yang tinggi dapat mwnghidratkan kulit anda, hasil daripada itu kulit anda akan sentiasa lembut dan licin.

Hal ini kerana keupayaannya menyingkirkan radikal bebas dan dapat melindungi badan nada daripada kerosakan aksidatif. Satu lagi, kerana mempunyai vitamin A, elok untuk kulit kusam.

Meningkatkan metabolism 
Pelbagai vitamin B yang terdapat di rambutan. Vitamin B adalah salah satu laluan untuk meningkatkan metabolik dalam badan dan membantu untuk bertenaga bertukar dari karbohidrat ke dalam tenaga yang boleh digunakan. Dengan hasil ini, badan akan akan mengekalkan tahap tenaga yang mantap sepanjang hari.
 
Rawatan masalah rambut
Mungkin ramai yang tidak tahu khasiat rambutan ini, bukan sahaja isinya tetapi daunnya juga sangat berguna untuk wanita dan lelaki yang ingin kelihatan rambut segar dan menawan.

Kegunaannya sangat mudah dan tidak merumikkan kerana hanya meramskan daunnya dengan air dan lumurkan ke atas rambut selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci. Hasil yang anda dapat memperbaiki masalah rambut dan rambut berkilau.

No comments:

Post a Comment