Sunday, 4 April 2021

KEMBARA BERJALAN KAKI AIR TERJUN LEPOH, HULU LANGAT

 
Air Terjun Lepoh, Hulu Langat, Selangor menjadi antara lokasi pilihan kembara berjalan kaki (hiking). Kawasan hutan yang mendamaikan sepanjang kembara berjalan kaki memberi satu kepuasan kepada mereka mencintai alam sekitar. 
 
Kenderaan boleh diletakkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp (AABC) dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.  
 
Laluan ke Air Terjun Sungai Lepoh akan bermula di AABC dengan jarak perjalanan sejauh 4 kilometer. Masa perjalanan kira-kira sejam hingga dua jam bergantung kepada kelajuan dan kekuatan fizikal masing-masing. 
 
Pada awal kembara berjalan kaki, anda akan melalui beberapa laluan separuh bersimen untuk kegunaan motosikal penduduk di situ ke kebun. Laluan ke air terjun cukup senang. Ikut sahaja trek yan ada. Jika ada cabang, ikut yang nampak lebih digunakan. 
 
Kepenatan melakukan kembara berjalan kaki terbalas apabila sampai ke lokasi air terjun. Airnya jernih dan sejuk. Kawasan bersih dan mendamaikan. 
 
Kanak-kanak boleh bemain di laluan air yang cetek.

No comments:

Post a Comment