Bunga
kunyit tumbuh atau keluar di celah pelepah daun kunyit. Biasanya berwarna putih
atau kuning. Bunga kunyit akan tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling
dalam satu induk. Bunga kunyit banyak khasiat dan kegunaan.
Bunga
kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah dicicah dengan sambal,
budu dan bahan pencicah yang lain. Ia juga sesuai dihiris halus atau kecil dan
digaul bersama jenis ulam lain sebagai perisa nasi kerabu dan laksa.
Bunga
kunyit mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu yang
berpantang selepas bersalin. Ia dapat mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.
Bunga
kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta kecantikan
semula jadi luar dan dalam.
Dengan kata lain, selain kegunaan dan khasiat umbisi atau ubi kunyit, bunga kunyit juga banyak manfaat. Kunyit banyak digunakan sebagai ramuan dalam masakan dan manfaat untuk kesihatan.
Kajian telah menunjukkan bahawa kunyit mempunyai sifat-sifat seperti antioksidaan, antiradang, antiplatelet, mengurangkan kolesterol, antiketumbuhan dan penyembuh luka.
No comments:
Post a Comment