Sunday 16 August 2020

CARA KURANGKAN SERANGAN ASMA


Banyak orang tahu tentang asthma atau asma. Panggilan biasa asma ialah lelah. Banyak antara kita sendiri yang kena asthma atau ada ahli keluarga yang menderita akibat asthma.

Asma ni penyakit kronik jugak dan ia sebenarnya disebabkan oleh radang di saluran pernafasan. Radang inilah yang menyebabkan saluran udara jadi sempit dan buat kita sukar bernafas.

Dah tu kita dapat semua gejala macam batuk, berbunyi semasa bernafas  (wheezing or whistling), sesak nafas dan sesak dada segala. Teruk jugak kalau tengok orang kena serangan lelah.

Punca penyakit asma ada dua, iaitu genetik dan juga persekitaran. Terdedah kepada alergen dan pencemaran udara tu termasuk la dalam faktor persekitaran tadi.

Alergen ini pulak bahan-bahan yang boleh menyebabkan alahan (allergies) seperti habuk, debu, hama, bulu binatang peliharaan dan lain-lain. Benda-benda ni semua memang ada dalam udara kita tapi memang tak nampak la pada mata kasar.

Selain itu, bagi sesetengah pengidap asma, penghawa dingin juga salah satu musuh besar kepada mereka.

Serangan asma sebenarnya boleh dielakkan dengan menjauhi faktor-faktor penyebab lelah tadi. Yang penting sekali, kita kena pastikan persekitaran kita bersih dari habuk dan alergens lain tadi tu.

Elakkan juga makan benda-benda 'sejuk' seperti tembikai, minuman berais dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment