Rumput minyak (Brachiaria Humidicola) antara
jenis rumput yang mudah tumbuh dan penjagaan yang minimun. Rumput minyak kini
menjadi perhatian penternak sebagai sumber makanan ternakan mereka.
Rumput
minyak sesuai untuk makanan ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu, kerbau,
rusa serta lain-lain ternakan yang makan rumput.
Untuk mendapat bekalan yang berterusan dan
mencukupi kepada binatang ternakan masing-masing, kini ramai penternak yang
menanam sendiri pokok rumput minyak. Selain itu ada petani yang menanam dan
menjual rumput minyak.
Penggunaan rumput minyak sebagai sumber
makanan kepada haiwan ternakan memerlukan kos lebih murah berbanding memberi
palet atau dedak haiwan.
Penanaman rumput minyak menggunakan biji
benih atau keratan akar rumput tua. Pada peringkat permulaan penanaman, tanah perlu
dibajak. Buat 2 kali putar sampai hancur tanah.
Tapak tanah untuk menanam rumput minyak perlu
dipilih kawasan yang tidak bertakung air pada musim hujan. Biasanya pokok akan
mati jika air bertakung lebih seminggu.
Jarak tanaman rumput minyak perlu rapat agar
pokok tersebut cepat menutup tanah bagi mengelak rumput liar lain tumbuh.
Waktu terbaik menanam rumput minyak ialah pada
musim hujan untuk mempercepatkan tembesaran. Jika ditanam pada musim panas, proses
siraman perlu dilakukan. Sebenarnya, pokok rumput minyak tahan pada cuaca panas,
tetapi tumbesaran akan lambat.
Rumput boleh dituai setelah berusia sebulan setengah
hingga dua bulan. Ketinggian ketika itu lebih kurang 15 inci sehingga 20 inci. Tuaian
boleh dilakukan sebanyak 7-8 kali setahun bergantung pada jenis tanah, baja,
siram dan cuaca.
Tanah gambut berair sesuai tak tanam rumput minyak nie bossku. Apa kah ada Cara khusus untuk tanam rumput minyak di tanah gambut berair ?
ReplyDeleteTerima Kasih