Buah
betik digemari ramai kerana rasanya yang sedap dan mempunyai kaya khasiat. Banyak
kebaikan mengamalkan memakan betik.
Antara kebaikan memakan buah betik ialah dapat mengubati sembelit
dan buasir. Jika
mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga
penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah,
Menurut
para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas
makan, dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin,
zat galian dan serat yang kita perlukan.
Makan buah betik juga dapat
menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana
betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
Sebahagian doktor
dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan
madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap
berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya.
Dengan
membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah
batu pada pundi kencing kita.
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi
sumber pembersih perut yang amat berkesan.
Ia
amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman
makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi
tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang
sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana
sakit.
Buah betik yang
masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir
dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan
sembelit.
Buah betik yang
ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu,
ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium,
kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin,
papain dan pektin.
Buah betik kaya
dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang
terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan
yang tersendiri.
Khasiat buah betik
selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping
menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

No comments:
Post a Comment