Sunday 5 February 2023

MELAWI TUMPUAN PELANCONG DI BACHOK

 
Daerah Melawi adalah satu daerah dalam Jajahan Bachok yang terletak menghadap ke laut China Selatan. Di sebelah Timur dan Utaranya pula bersempadan dengan Daerah Perupok. Di Baratnya pula bersempadankan Daerah Tanjung Pauh dan Daerah Bekelam serta Daerah Gunong dan sebelah selatannya pula bersempadan dengan Daerah Telong.

Daerah Melawi ada lapan mukim iaitu Melawi, Changgong, Badak, Kuau, Repek Barat, Repek Timur, Rusa dan Kuala Malawi.

Pusat Pentadbiran Pejabat Daerah Melawi letaknya berhampiran dengan Cabang Tiga Melawi yang lebih kurang 6 kilometer jauhnya dari pusat pentadbiran Jajahan Bachok.
 
Luas Daerah Melawi lebih kurang 30.06 kilometer persegi. Penempatan yang paling ramai didiami ialah kawasan tepi pantai seperti Kampung Changgong, Kampung Pantai Chpa, Kampung Pantai Baru, Kampung Badak dan Kampung Pantai Melawi sehingga Kampung  Limau Nipis bersempadan Daerah Telong.
 
Kawasan sumber ekonomi ialah Cabang Tiga Melawi dan kawasan pertanian ialah di Kg. Padang Cina, Kg. Mujur dan Kg. Alor Pulai serta Kg. Kuau.
 
Lebih 50 peratus tanah dalam Daerah Melawi merupakan tanah pasir beris, bersesuaian dengan keadaan tanah, kebanyakan ditumbuhi oleh pokok-pokok gelang dan rumput. Menyedari masalah ini bagi membaik pulih keadaan, pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran serta Projek Kemasin Semerak telah membina sistem perparitan untuk membantu petani bercucuk tanam.
 
Pelancongan mendatangkan pendapatan yang baik kepada pengusaha-pengusaha chalet, bersesuaian dengan keadaan pantai yang menarik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.
 
Antara chalet yang terdapat di Daerah Melawi ialah Sri Nipah Chalet, Pantai Chat Chalet, Sri Muara Chalet, Diamond Melawi Chalet, Damai Melawi Chalet, Anak Rhu Melawi Chalet, D Rhu Melawi Chalet, Tedzuan Resort, Sri Pantai Resort, Sri Melawi Chelet, Din Chalet, Perkasa Resort dan Sri Tanjung Chalet.

 

No comments:

Post a Comment