Wednesday 25 December 2019

BANTAH GUNA NAMA PANAU HILL

Nama Bukit Panau telah tular sebagai lokasi hiking terkenal di Kelantan. Bukit Panau yang sebelum ini hanya dikunjungi pekerja yang mengendalikan menara pemancar komunikasi di puncaknya, kini ribuan pengunjung sampai ke puncaknya setiap minggu.

Ketika nama Bukit Panau semakin popular, mengapa pula tiba-tiba ada pihak ingin ia dikenali 'Panau Hill'? Hinakah nama 'bukit' sehingga terpaksa ditukar kepada 'hill'?

Bukit Panau tular bukan kerana ditukar kepada Panau Hill. Bukit Panau menjadi terkenal ketika namanya masih Bukit Panau.

Jadi, di mana kewajaran nama 'Bukit Panau' ditukar kepada 'Panau Hill'?

Ketika kita ingin mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, ada pula pihak ingin mengagungkan perkataan Inggeris.

Jangan salahkan pihak lain jika ada kaum lain tidak ingin berbahasa Melayu, kerana orang Melayu sendiri 'malu' menggunakan perkataan Melayu.

Malang sekali, Kelantan yang dihuni lebih 90 peratus orang Melayu ingin melebihkan penggunaan perkataan Inggeris. 

Friday 20 December 2019

BENCANA AIR AKIBAT PERBUATAN MANUSIA LALAI


Umum orang akan marah jika bekalan air ke rumah terputus atau terganggu. Memang banyak keperluan untuk kegunaan air. Aktiviti hidup akan seharian akan terganggu jika tiada bekalan air.

Namun 'bekalan' yang yang terlalu banyak masuk ke dalam rumah juga mendatangkan masalah. Bukan setakat memberi masalah, bahkan layak dipanggil bencana.

Itulah hakikat air. Ketika tiada akan dicari dan diusahakan mendapatnya. Jika banyak pula mendatangkan bencana.

Sebab itu, bersyukurlah apa yang ada dan terimalah sebarang kecelakaan dengan reda.

Hargai dan uruslah air dengan baik. Jangan biarkan bekalan terganggu dan usahakan mengelak daripada terjadi bencana banjir.  

Monday 16 December 2019

HERBA KENCANA WANITA JADI CANTIK, SIHAT

Herba Kencana adalah merupakan produk keluaran Award Life dan Beauty dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Herba Kencana merupakan kombinasi buah-buahan dan bunga-bungaan herba yang telah menjadi rahsia warisan pusaka pahlawan Melayu. 
 
Herba Kencana sebenarnya sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita, walaupun banyak orang menyebutnya khusus untuk wanita, terutama ibu lepas bersalin.

Khasiatnya amat mujarab dan sukar ditandingi. Terbukti sebagai pemakanan kesihatan serba lengkap yang dapat membaiki pulih sistem dalaman tubuh badan secara semulajadi.

Golongan lelaki dan wanita yang disyorkan mengamalkan Herba Kencana:
- Mereka yang mengalami masalah pembuangan air kecil dan besar
- Pengidap gastrik dan ulser
- Masalah hernia
- Sukar tidur
- Mementingkan kecantikan dan awet muda
- Penghidap hipertensi
- Pengidap kencing manis
- Pesakit jantung
- Mereka yang mengamalkan diet
- Buasir
- Resdung
- Wanita selepas bersalin
- Masalah berat badan berlebihan

KESAN-KESAN PENGAMBILAN HERBA KENCANA TERDAPAT 3 PERINGKAT:

Peringkat Kesan Pengambilan 1-3 bulan
- Melawaskan pembuangan air kecil dan besar
- Menghilangkan kebas anggota badan
- Menghilangkan pedih disebabkan gastrik.
- Mengembalikan keupayaan seks sehingga 80%
- Kulit terasa licin seperti mengamalkan losyen badan. 
- Cepat berpeluh dan bertenaga.
- Memulihkan kelesuan badan.
- Menghilangkan lenguh-lenguh anggota badan.
 
Peringkat Pengambilan 3 bulan - 1 tahun
- Melawaskan pembuangan air kecil dan besar
- Memulihkan hernia sehingga 95%
- Mengembalikan keupayaan seks hingga 100% (normal)
- Pembuangan toksik melalui perkumbuhan secara ketara.
- Mengembalikan kecerdasan minda dan keupayaan berfikir.
- Menghalang komplikasi akibat diet seperti gastrik.
- Menghilangkan pening kepala.
- Menghilangkan lenguh terutama di bahagian tengkuk dan bahu
- Membataskan selera makan (rasa seperti kenyang)
- Menghilangkan masalah sukar tidur.

Peringkat Pengambilan 1 tahun – 1 1/2 tahun ke atas
- Memulihkan herma sehingga 100%
- Meningkatkan stamina
- Mengurangkan sensitiviti terhadap pengambilan makanan dan kurang tidur.
- Menghilangkan komplikasi akibat hipertensi lebih kurang 80-90%
- Awet muda
- Memudahkan tidur dan mencapai tahap kepuasan tidur sehingga 100%
- Menurunkan berat badan ke tahap ideal.

KELEBIHAN HERBA KENCANA BUAT WANITA:
- Menyelesaikan masalah prolapse dan mengecutkan rahim.
- Mengeluarkan kotoran seperti darah-darah dari dalam rahim.
- Menyembuhkan ketumbuhan daging di bawah bibir faraj.
- Mengeluarkan saki baki lendir keputihan.
- Memulihkan buasir.
- Membina semula kekuatan otot-otot faraj.
- Menghangatkan dalaman faraj yang dingin.
- Menghilangkan bau faraj.
- Menegangkan kulit perut yang kendur akibat mengandung.
- Menambahkan hormon.
- Menambahkan keghairahan.
- Menghilangkan sakit bahagian tumit, sendi dan anggota badan.
- Menegangkan kembali payudara.
- Kulit halus, licin dan gebu.
- Menghilangkan bau badan.
- Menambah tenaga
- Melancarkan perjalanan darah.
- Memulihkan kembali sistem dalaman wanita selepas bersalin.
- Melambatkan proses monopaus.
- Melawaskan pembuangan air kecil dan air besar.
- Menurunkan berat badan ke tahap yang memuaskan. 


Monday 9 December 2019

JANGAN ROSAKKAN BUAH PINGGANG


Setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis, saya wajib hadir di Hospital Pakar Metro, menambat diri selama 4 jam di kerusi dailisis ditemani misi yang mengulang pertanyaan sekali sekala "Pak Cik ok ka?"

Satu pertanyaan routine untuk kepastian pesakit dailisis seperti saya tiada masalah.

Tusukan dua jarum sebesar dawai pagar yang melekat di lengan menelan semua nikmat hidup, aliran darah serta denyutan pedih sudah menjadi mainan demi kelangsungan hidup.

Tetapi itulah satu satunya jalan yang ada.

Ketika orang lain berebut meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja, saya dan isteri  memandu ke hospital.

Rasa takut sudah lama dihumban jauh demi kelangsungan hidup saya yang ibarat berulang membeli kehidupan sehari dengan nilai tinggi RM200.

Jika tidak dibuat dailisis, insyaAllah dalam seminggu berpindahlah jasad ini ke alam  kubur. Itulah routine hidup saya dan isteri serta anak 3 kali seminggu.

Yang sakit seorang, yang terseret, anak dan isteri kerana menghantar dan menjemput. Seluruh jadual hidup keluarga telah berubah.

Ambillah pengajaran, kawal pengambilan gula untuk mengelak kencing manis yang merosakkan buah pinggang. Kawal tekanan darah yang juga menjadi punca kerosakan buah pinggang.

Ambil insulin jika anda telah terkena daibetes untuk mengelak kerosakan buah pinggang kerana menelan ubat yang lama akan membeban dan merosakkan buah pinggang.

Kos rawatan yang amat tinggi (setahun RM32000) jika anda tidak dibayai kerajaan, perkeso atau insuran hayat.

Pada pembaca saya, ingatlah kami pesakit kegagalan buah pinggang membeli hidup dengan harga yang mahal sehari RM200 dan ditambat dikerusi selama 4 jam tanpa berubah.

Anda menikmati hidup percuma, tidak berbayar, tidak ditambat dikerusi, bangun pagi, lihat sinar mentari, berfikir untuk makan apa, buat apa yang di suka.

Kami bangun pagi makan kena pilih, banyak yang tidak boleh, air sekadar sebotol mineral kecil untuk sehari, esok ke hospital lagi menadah lengan kepada misi.

Manfaatkanlah waktu sihat dengan ibadat, jangan lupa, suatu hari mungkin anda juga akan mengisi kerusi dailisis ini jika makan ikut menurut hati.

Kepada rakan dailisis, buat apa menyambung hidup jika hanya untuk makan dan rehat sahaja, gunakanlah sehari yang dibeli dengan harga yang mahal itu dengan beribadat untuk kembali kepada Allah.

Maafkan saya, kali ini menulis cerita diri. Bukan minta simpati tetapi saya mengharap bait-bait kata saya ini menjadi satu peringatan kerana firman Allah 'berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna'.

Yang telah ada diabetes, high blood pressure, patuhilah nasihat doktor. Sesungguhnya penyakit ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan anak isteri/suami.

Menjadi ujian yang berat kepada mereka dan saya melihat banyak anak yang gagal mengharunginya, membiar ayah ibu dihantar oleh pemandu teksi atau grab ke hospital, tidak ditemani semasa dailisis dan...... 

Saturday 30 November 2019

SEBAR BERITA LAMA TIMBULKAN PANIK ORANG RAMAI

Di media sosial sering ditularkan berita atau rencana berkaitan sesuatu kejadian atau isu yang berlaku di negara kita. Ada berita benar dan tidak kurang juga berita yang tidak benar atau berbaur fitnah.

Perkara yang ingin disebut di sini ialah berita benar, tetapi disebar tidak tepat masanya.

Contohnya gambar di atas yang disebarkan pada 30 Nov 2019 ketika Kelantan mula dilanda banjir. Sudah ada beberapa ratus masa banjir mula dipindakah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sedangkan gambar berita berkenaan sebenarnya bukan berita semasa. Laporan seperti gambar yang disiarkan itu sebenarnya adalah laporan pada 30 November 2017.

Inilah sikap tidak bertanggungjawab penyebarnya yang memanipulasi berita benar yang sebenarnya berlaku pada waktu yang lain.

Berita itu tentu sekali menggusarkan orang ramai yang menggambarkan banjir besar telah berlaku di Kelantan dengan jumlah masa dipindahkan sudah mencecah lebih 13 ribu orang mangsa

Thursday 21 November 2019

POKOK BEREMBANG DISUKAI KELIP-KELIP

Buah berembang atau ada juga yang memanggilnya buah gedabus dan buah perepat. Pokok berembang selalunya tumbuh di tepi pantai dan tepi sungai. Buah berembang berbentuk bulat yang agak leper dan kulitnya licin.  

Buah berembang rasanya masam. Buah berembang muda boleh dibuat sayur atau dimakan sebagai colek dicicah dengan garam atau kicap bercampur cili api dan sedikit gula. 

Buah berembang muda juga boleh dibuat sambal dan dimakan bersama nasi.

Buah berembang muda berasa lemak-lemak masam dan ada mengatakan rasanya seperti keju.
 
Buah berembang juga boleh dijadikan sirap dan jem dengan cara memasaknya. 

Pucuk muda berembang dimakan mentah atau dicelur dan boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain.

Pokok berembang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kini dijadikan produk pelancongan yang "ajaib" di Malaysia iaitu terdapat banyak kunang-kunang atau kelip-kelip datang pada malam hari untuk menghisap manisan bunga pokok berembang.

Sebab itu, pokok berembang di kawasan tumpuan kelip-kelip akan dijaga dan diurus dengan baik. Pokok berembang ditanam untuk menambah bilangannya bagi menjadi habitat kunang-kunang.
 
Antara tempat yang terdapat banyak pokok berembang ialah di Sungai Lubuk Durian, Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian yang menjadi salah satu lokasi melihat kunang-kunang di Kelantan. 
 
Selain menjadi lokasi melihat kunang-kunang, Sungai Lubuk Durian dan kawasan sekitarnya mempunyai banyak daya tarikan lain yang menjadikan ia lokasi tarikan pelancong. 

Sungai Lubuk Durian atau juga dikenali Sungai Pengkalan Datu (sungai utama) menjadi lokasi ekopelancongan yang terkenal di Kelantan.