Thursday, 14 December 2017

REZEKI GULA DAN SEMUT


Gula dan semut tidak dapat dipisahkan. Kemanisan gula menjadi tarikan kepada semut yang sanggup bergerak ke sana sini untuk mencari manisnya gula.

Gula menggunakan 'manis' sebagai daya tarik mencari rezeki. Manakala semut menjadi kesungguhan untuk mendapatkan rezeki.

Dua keadaan berbeza.  Gula menggunakan kaedah menarik untuk datang kepadanya. Sedangkan semut mengamalkan prinsip pergi mencari.

Setiap kita mempunyai kelebihan diberikan Allah. Maka, gunakan keistimewaan itu. Jangan tiru orang lain. Gula sudah pasti tidak boleh berusaha seperti semut. Manakala semut pula tidak boleh meniru gula.

Jadi, berhati-hati dalam meniru. Kenal pasti keupayaan diri. Kaji kelebihan dan kelemahan diri. Ambil dan guna kelebihan dan perbaiki atau abaikan kelemahan.

Kalau sudah tahu kelemahan diri, usah dicuba mengguakan pendekatan mengikut cara yang kita lemah itu. Cari dan guna kelebihan yang ada. Itu lebih mudah daripada membaiki kelemahan dan kemudian ingin diperkasakan sebagai satu kelebihan.

No comments:

Post a Comment